Sunday, December 14, 2008

bisikan muslimah

Image Hosted by ImageShack.us

Aku
bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasanganhidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai
keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagi
ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau
memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan
gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis
di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam
hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Akan tetapi selagi
kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau
zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak
untuk membuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah
ditetapkan syara’. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang
tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku
akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran
perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang
ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu
berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah
dengan kemenangan atau syahid itu.Akan kukesat darah dari lukamu dengan
tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku
pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh
cintamu kepadaku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai
Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan
mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan
biasa.
Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku
juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan
yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk
kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa
tanggungjawabmu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu.
Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya.
Itu lebih bermakna bagiku…

0 comments: