Tuesday, December 16, 2008

tatkala iman bersuara

Image Hosted by ImageShack.us


Dahulu engkau dijaga bersih,

Dikawal dari terjahan nafsu melulu,

Kini kau kelihatan bebas,

Nafsu bagai kawan setia,

Tarbiah semakin berkurangan,

Satu per satu ibadah kecundang,

Dimana khusyuk solatmu?

Sebagai senjata pencegah munkar,

Dimana kekuatan doamu?

Sebagai senjata orang mukmin,

Allah tidak akan mengubahmu,

Sehingga kau mengubahnya sendiri,

Seketul daging sebagai penentu,

Jika baik, baiklah tuannya,

Jika rosak, rosaklah tuannya,

Hindari kata nafsu,

Kerana,

Mungkin padamu sesuatu itu indah,

Sedangkan tuhanmu berkata tidak,

Mungkin padamu sesuatu itu gundah,

Tetapi disana ada keredhaan-Nya,

Dia lebih mengetahui darimu.

Bertaubatlah!!!

Selagi pintu keampunan masih terbuka,,

Sunday, December 14, 2008

bisikan muslimah

Image Hosted by ImageShack.us

Aku
bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasanganhidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai
keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagi
ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau
memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan
gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis
di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam
hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Akan tetapi selagi
kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau
zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak
untuk membuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah
ditetapkan syara’. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang
tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku
akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran
perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang
ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu
berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah
dengan kemenangan atau syahid itu.Akan kukesat darah dari lukamu dengan
tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku
pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh
cintamu kepadaku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai
Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan
mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan
biasa.
Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku
juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan
yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk
kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa
tanggungjawabmu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu.
Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya.
Itu lebih bermakna bagiku…

Saturday, December 13, 2008

cinta remaja islam

assalamualaikum....sbgai seorg yg aktif dlm gerakan,,ana mmpunyai pluang yg menarik utk brcmpur dgn mcm2 jenis plajar yg menempuh zman remaje mreka,,plbagai masalah,isu dan mreka bwakan utk munaqosyah,,,antara prkara yg sring di jadikan topik hangat ialah CINTA.,skang ni telah mnyaksikan bgaimana para remaja dan belia dkwah juga xdpt lari dr fenomena cinta ni,,,,jd ape yg mnariknya ialah apabila cnta yg mreka alami ini telah di islamik kan spt bnk2,institut2dan sekolah2 yg telah pun di islamikkan,,,maka timbullah istilah 'cinta ukhwah'..menarik lagi gejala ni dh mula mnular dlm kalangn mreka yg berkopiah,berserban,bertudung litup,,berjilbab labuh serta berniqob,,naqib naqibah usrah dan mereka yg mggunakan ganti name "ana-nta" dan "ana-nti"...

SMS,YAHOO MESENGGER,EMAIL,FRIENDSTER dn lain2 kemudahan ict telah dijadikan pghubung utama cnta ana-nti ni...Ia lebih selamat krna xprlu brdating spt pasangan2 yg xislamik...xprlu mmbazir duit nk byr tmbang bas,,nk kuar dating,,,nk kne isi myk muto lagi,,,,dh la skng ni minyak mhl...Bermula dari kata2 tzkirah,berakhir dgn ikon snyuman,,ataupun doa2,,,kononnya mgamalkan cinta yg islamik la,,,malah adayg mnjadikan kehadiran di seminar2,kursus2,,tmrin2,dan mcm2 lagi la sbgai pluang utk brjumpa bg mlepaskan rndu di hati,,,hmm,,,dimanakah rndu mreka kpd Allah,,,yg telah mnciptakan,,mereka??Allah taala brfirman,,,aku hairan kpd manusia yg mreka ini stiap hari aku kurniakan mreka rezki,,tp stiap hari malaikat mmbawa amalan2 bruk mreka kpdKU,,,tidakkah kte kasih lagi kpd Allah???hmmm...kreatif btul gnerasi2 agama zaman hadhari ni,,,ulul albab la katekan...

fenomena ni dimeriahkan lagi oleh nasyid2 yg berpksikan cinta yg islamik. kononnya!!klip2 vdeo dan tajuk2 juga yg bombastik yg berbau asmara,,,,tp kan,,,siyes ana ckp ana xnmpak sikit pun prbezaan antara 'nasyid jiwang' dgn lagu2 cnta yg dinyanyikan oleh penyanyi2 rock tmpatan yg entah solat entah tidak....cuma mgkin hany pnmpilan mreka shja yg agak sopan dan brselindung ats nama nsyid mmbuatkan mreka brbeza,,,,tidak thulah ana apakah tnggapan masyarakat pada hari ini tntang fenomena yg seumpama ini,,,tp yg pasti,,stiap kad2,sms2 email ke,,,testi di fster ke,,,terukir kata2 "salam ukhwahfillah abadan abada"...sekali lagi mkna ukhwah telah disalah tfsirkan,,,apalah sgt contoh pnggunaan sms,testi ni ats nama ukhwahfillah jika bertemu berdua duan pun sudah berani diamalkan oleh mreka yg lengkap dgn aksesori berkopiah dan berjilbab labuh,,,,kononnye berjumpa ats urusan pnting,,,urusan jemaah,,,...bg ana,,golongan2 ni,,ibarat kutu di kepala,,merosakkan dan amat mnjelikkan,,,tersembunyi ttpi gatal tak terbndung dia ats kpla..dicelah2 rmbut...adakalanya lebih bhye drp cnta golongan yg xthu ilmu agama...
xslh berukhwah,,ttpi shabt2 harus sedar,,wujudnya hijab yg kuat dlm ukhwah antara arrijal dan annisa...berhubung secara kerap atau shingga mnimbulkan ftnah dan mksiat hati adalah jelas ditegah syara'..

igtlah,,setiap yg mmbawa kpd haram itu adalah haram,,,matlamat xprnah mghalalkan cara,,,,klu la ssiape yg prnah trlibat dgn gejala ni,,,blm trlmbat utk kte bertaubat dan kmbali kpd Allah,,,,ketahuilah bhwe,,,pngampunan Allah itu amt luas,,,smua mnusia mlakukn ksilapan,,,xkre ulama'org alim,,tok2 guru,,,slagi mane bergelar manusia,,,maka pasti akn mlakukan kesilapan,,,,buat pae kite kejar cnta mnusia,,,sdgkan Allah dh lame labuhkan cntanNYA kpd kita,,,brcntalah dgn Allah...mudah2 mudah xkecewa,,,insyaAllah Allah akn krniakan kite pasangan yg trbaik buat kite,,,yg apbila kte mlihat dirinye,,,mmbuatkan kte gmbira,,,itulah lelaki dan prmpuan solehah,,,yakinlah bhwe,,,jika pilihan jodoh itu baik bagi Allah,,,maka baiklah bg kite,,,,ttpkan iman,,,ckalkan hti,,,truskanlah brjuang di jalan Allah dn syahid dijalanNYA,,nk psgn yg baik,,,perelokkanlah akhlak kte,,,pmpuan yg baik,utk llaki yg baik dan sbaliknya,,,igt,,mawar bkn sekuntum,,,kmbang bkn seekor,,,ketahuilah,,,syurga telah lame mnntikan kehadirn kte,,,
-abdun fakir wa dhaif-